Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan
suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai
tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan
masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei.
Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu
pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas
alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua
matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa
mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk
menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru
ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan
dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan
dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih
terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971
hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti
berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera
1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama
pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar
melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi
yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu
diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk
tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal
dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing
62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan
bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan .
Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam
kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan
kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan
terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah
rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang
pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi
petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi.
Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui
langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk
berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun
langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit
sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi
Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar
bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang
surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di
kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970
kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian
meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983)
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi
telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975),
dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada
54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah
kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan
kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan
racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.
Strategi
dan Usaha Membasmi Kemiskinan
Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah
mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan
kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira
49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan
luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar ,
program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan
pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan
kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar
pertanian.
Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan
menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan,
kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta
pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga
melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru.
Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang
pertanian, perikanan dan penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali
setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan. Badan-badan
berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA,
RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan
dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga
turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah,
kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya
langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk
mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan
didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana
sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100
pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus
kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah
bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis
kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat
berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.
Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua
cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan
ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih
timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan
tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran
di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini
lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir
Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan
terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu
pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala
tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta
ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama
Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap
pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih
terbuka.
Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun
masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar
dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat
pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun
berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu
kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka
bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah
memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir
Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan
perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial
dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN
juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di
bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah
seperti berikut :
i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi
pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga
termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan
termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah
sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544
bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak.
Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong
sebagai keluarga termiskin;
ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu
strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk
melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan
iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar
ekonomi negara ditafsirkan sebagai ‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’
sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi. Menurut Abdul Shukor Ariffin dan
Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi Negara hanya dapat dilihat
secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah pengenalan
kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah
yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi
Negara dalam jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui
Rancangan Malaya I, Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza
dengan Negara-negara dunia ketiga yang mencapai kemerdekaan mereka secara
revolusi sedangkan Negara kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan
tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan politik di Negara ini
adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya
perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku
secara evolusi di mana perubahan-perubahan besar serta radikal tidak
berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadar political will yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan
Rancangan Malaysia III adalah disebabkan pergolakan yang berlaku pada tahun
1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan masalah asas masyarakat
Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi baru selalunya
dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah pun
difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II.
Za’ba ada menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam
konteks Ekonomi Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa
dan memberi syor secara implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah
tersebut dan mengikut Ungku Aziz (1982) tentang keperluan untuk menyusun semula
masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana
Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mageran pada
14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di mana
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN).
No comments:
Post a Comment