Friday, August 1, 2014

Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam peristiwa 13 Mei 1969


Tanggal 13  Mei  1969  tercetus  satu  detik  hitam  dalam  lipatan  sejarah  negara kerana  pertelingkahan  kaum  yang  berlaku  telah  mengakibatkan  negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan  Pilihanraya  Umum  1969  di  mana  di  dalam  pilihanraya  itu  banyak  isu sensitif  telah  dibangkitkan  seperti  bahasa  kebangsaan,  kedudukan  istimewa orang  melayu  dan  hak  kerakyatan  bukan  melayu.  Dalam  pilihanraya  itu,  parti perikatan  gagal  memperolehi  majoriti  2/3  dalam  dewan  rakyat  manakala  parti gerakan  dan  DAP  yang  berjaya  mendapat  25  kerusi  telah  mengadakan perarakan  di  Kuala  Lumpur  sambil  menghina  bangsa  melayu.  Keadaan  ini memberi  tamparan  hebat  kepada  orang  melayu  dan  akhirnya  UMNO  telah mengadakan  perarakan  balas  sebagai  bantahan  terhadapa  penghinaan  itu. Dalam  suasana  tegang  dan  penuh  emosi  maka  tercetuslah  peristiwa  13  Mei 1969 itu.

No comments:

Post a Comment