Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling
tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.
Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan
kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya
lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi
seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan
Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’
(Siew Chang Yee, 2007). Antara punca konflik adalah:
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu
telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan
dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara
orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh
dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah
Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.
Dasar ini dilakukan
oleh British untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum
yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu
terdiri dari petani
dan nelayan di
kampung, masyarakat cina pula
telah mewarisi perniagaan
secara turun temurun dan
tinggal di bandar
manakala masyarakat india
bekerja sebagai penoreh dan
tinggal di estet. Dasar
ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik
yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang
tinggal dalam kelompok
masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum
hanya terbatas di
pejabat dan pasar
sahaja. Ini melahirkan perasaan
prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13
Mei 1969.
Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat
antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama
ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa
mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang
itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam
masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini
akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang
sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum
tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal
ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan
India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks
dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Sebelum
Malaysia memiliki sistem pendidikan
Nasional, wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran inggeris,
melayu, cina dan
india yang mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang
menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah
yang memberi impak
buruk dalam pembentukan kaum di
Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar
pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar
dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini
kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun
Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir
bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin
Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada
18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat
reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana
pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya
mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan
Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah
menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej
Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah
memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba
bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa.
Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir)
atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada
persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila
pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
. Bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung
orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini
. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat
Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang
Malaysia " (Malaysian Malaysia)
dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah
bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan
hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui
oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya
menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat
. Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan
ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di
belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan
kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya
membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah
mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu
dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang
ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS .
Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan
hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang
sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan
lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang
mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka
berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO
dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan
oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan
bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan
ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh
orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu
penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang
terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan
kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur
sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau
semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu
besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari
Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah
menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika
itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka
sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh
membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu
sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang
oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan
itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan
segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil
tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai
peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang
mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di
Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu
tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap
perjuangan komunis.
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya
apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak
istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka
berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama
menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina
dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura
keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan
semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih
fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang
lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan
soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh
parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam
pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk
yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu,
pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah
Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina
beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme,
Conficius manakala kaum
india beragama hindu. Di samping
itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan yang tersendiri.
Masalah perpaduan ini bukannya
bermula disebabkan agama
lain tetapi akibat
dari sikap jahil terhadap agama-agama
lain hingga banyak
perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama
lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang
pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak
puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama
lain. Orang melayu
mencemburui kemewahan dan kejayaan
orang cina manakala
orang cina dan
india mencemburui kelebihan orang
melayu yang mendapat
peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Persatuan-persatuan etnik
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah
melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan
ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang
lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu
hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan
pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan
negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari
daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi
kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.